Motif Pemburuan haram

Hasil-hasil pemburuan haram seperti kaki harimau yang dijual sebagai ramuan dalam perubatan tradisional Cina.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa motif-motif utama pemburuan haram termasuk perolehan komersial seperti penggunaan domestik, kepuasan dalam pembunuhan hidupan liar dan bantahan terhadap perundangan berkaitan pemburuan.[7] Selain itu, faktor kemiskinan dan kebudayaan tradisional turut menjadi motif pemburuan haram.[8] Pemburuan haram juga didorong oleh kehendak perubatan tradisional serta upacara kebudayaan.[6] Pengiktirafan anggota haiwan sebagai status sosial juga membawa kepada pemburuan haram seperti pemburuan haram untuk memperoleh gading di China.[9]

Anggota-anggota badan sesetengah haiwan liar dikatakan memiliki keupayaan perubatan terhadap badan manusia lalu mendorong pemburuan haram di kawasan yang mempercayai dakwaan keupayaan-keupayaan ini untuk memperoleh anggota-anggota badan yang kemudiannya dijual dalam pasaran gelap.[10] Contoh masalah ini ialah perubatan tradisional Cina yang menerapkan anggota-anggota badan haiwan terancam seperti harimau dan badak sumbu yang membawa kepada perkembangan pemburuan haram,[11][12] walaupun beberapa dakwaan keupayaan perubatan adalah tidak berasas seperti dakwaan bahawa tanduk badak sumbu boleh merawat barah.[13]